Friday, 30 July 2010       
 
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
   
Laman Utama
Main Menu
Laman Utama
Pentadbiran
Tenaga Pendidik
Peta Lokasi
Carian
Pautan
Hubungi Kami
Berita KISAS
Laman Waqafan
Nostalgia
EDU WEBtv
Keputusan Peperiksaan Online (SMBP)
User Menu
Please login here





Lost Password?
No account yet? Register
It's free to login and register
Syndicate
Minggu Disiplin Kisas
Berita KISAS
Monday, 26 July 2010

Pada minggu ini bermula 26 Julai sehingga 31 Julai akan berlangsung Minggu Disiplin Kisas. Acara perasmian telah pun diadakan pada perhimpunan pagi yang telah pun dirasmikan oleh YDP Pibg Kisas. Berbagai program dan acara yang telah dirancang sepanjang minggu disiplin ini berlangsung antaranya pertandingan disiplin antara rumah, pameran oleh PDRM dan juga pertandingan bolasepak dan bola jaring untuk pelajar putera dan puteri kisas. Semoga dengan berlansungnya minggu disiplin ini dapat meningkatkan lagi tahap disiplin dikalangan warga Kisas SBT.

 
Selamat Bercuti!!
Berita KISAS
Friday, 04 June 2010
Selapas hampir 3 minggu menjalani peperiksaan pertengahan tahun pelajar-pelajar akan pulang kampung untuk bercuti selama 2 minggu bermula pada 5/6/2010 hingg 20/6/2010.Bagi pelajar Tingkatan 4 dan 6 Rendah mereka sudah mula dibenarkan pulang bercuti selepas tamat waktu persekolahan pada 4/6/2010. Bagi pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas mereka akan mula bercuti pada 9/6/2010 kerana mereka akan mengikuti Program Perkampungan ilmu yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi tujuan memantapkan persediaan mereka menghadapi peperiksaan SPM dan STPM nanti.Buat semua selamat bercuti dan semoga selamat kembali semula ke bumi waqafan ini nanti.
 
Selamat Menjalani Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010.
Berita KISAS
Tuesday, 18 May 2010

Buat semua pelajar selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun yang telah pun bermula pada 14 mei yang lepas (tingkatan 5)…semoga pelajar-pelajar dapat menjawab dengan baik dan tenang..Selamat Berjaya..

 
Selamat Hari Guru
Berita KISAS
Tuesday, 18 May 2010

Selamat hari guru utk semua guru KISAS!

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

‘BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN”

TERIMA KASIH

 
Selamat Menjalani Ujian Mac 2010
Berita KISAS
Wednesday, 10 March 2010
Buat semua pelajar Kisas yang sedang menduduki ujian bulan mac semoga berjaya dan cemerlang dalam mengekalkan prestasi semasa. Ujian yang bermula pada 8 mac hingga 10 mac adalah untuk menguji tahap kebolehan pelajar terutama pelajar Tingkatan 4 yang baru sahaja menjadi warga kisas awal febuari lalu manakala untuk pelajar tingkatan 5  pula ianya adalah salah satu persediaan untuk menghadapi peperiksaan SPM dan pelajar Tingkatan 6 untuk  STPM tahun ini.
 
Maklumat Pembetulan Untuk Kemasukkan Pelajar Tingkatan 4
Berita KISAS
Wednesday, 27 January 2010

Makluman untuk Pelajar Tingkatan Empat yang akan mendaftar pada hari 2 Febuarai 2010 nanti:

 1.Peraturan Pemakaian Pelajar

Seperti yang dinyatakan Baju Putih Lengan Pendek sepatutnya Baju Putih Lengan Panjang, begitu juga dengan seluar warna Hijau diganti dengan warna Hitam Biru(Blueblack).

2. Borang SMM

Sila Tambah Maklumat Pendapatan Ibubapa

 3. Surat Tawaran

2/2/2010 (Isnin) yang sepatutunya 2/2/2010 adalah hari Selasa.

Harap Maklum

-sumber dari Unit HEM sekolah.

 
Hari Pendaftaran Tingkatan 4
Berita KISAS
Wednesday, 27 January 2010

Berikut adalah tentatif program Hari Pendaftaran Tingkatan 4:

Tarikh:2 Febuari 2010

Tempat : Dewan Al Muttaqin Al Muthaqqafin (Dewan Besar)

8:00-11:00Pagi          : PENDAFTARAN

  1.                                    Sistem Rumah
  2.                                    Asrama
  3.                                    Sekolah/Kelas

11:00-12:30Pagi        :TAKLIMAT

  1.                                   Pengurusan
  2.                                   Akademik
  3.                                   HEM
  4.                                   Ko-Kurikulum
  5.                                   Ucapan YDP PIBG

 

 

Read more...
 
Tahniah Kisas!
Berita KISAS
Tuesday, 26 January 2010

Alhamdulillah pada 25/1/2010 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Kisas sebagai salah sebuah sekolah berprestasi tinggi bersama 19 buah sekolah yang lain di seluruh negara..Tahniah buat semua warga Kisas yang bersama-sama berusaha mencapai kejayaan ini..berikut adalah senarai sekolah yang disenaraikan sebagai sekolah berprestasi tinggi..

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.

2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.

3. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.

4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.

5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.

6. SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.

8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.

10. SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.

11. SMK (P) St. George, Pulau Pinang.

 

Read more...
 
Majlis Pentauliahan Ketua Pelajar,Ketua Tingkatan dan Warden 2010
Berita KISAS
Thursday, 21 January 2010

Pada 20 hb jan (rabu) jam 2 :30 petang di Dewan AL-MUTTAQIN AL-MUTHAQQAFIN telah berlangsung majlis pentauliahan ketua pelajar,tingkatan dan juga warden. Majlis adalah bertujuan untuk memberi mandat bagi para warden sambil dibantu oleh Ketua Pelajar untuk melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan kepada semua pelajar di bumi waqafan ini. Majlis dirasmikan Yang Dihormati ACP Mohamad B Md Yusop yang juga merupakan Ketua Polis Daerah Klang. Semoga pentauliahan ini dapat memantapkan pengurusan HEM terutamanya melibatkan displin pelajar di Kisas.

 

 
Kemasukkan Pelajar Tingkatan 4
Berita KISAS
Wednesday, 20 January 2010

Pada 2 Febuari 2010, warga Kisas akan mula menerima ahli keluarga baru. Pelajar Tingkatan 4 dijangka akan mula mendaftar pada hari tersebut. Pelajar yang telah memohon boleh  menyemak permohonan anda di alamat berikut :

http://apps.emoe.gov.my/sst4/semakansst42010/

Pada yang berjaya Tahniah Dan Selamat Datang Ke Bumi Waqafan.

 
Mesyuarat Guru dan Staf Kali 1 2010
Berita KISAS
Wednesday, 20 January 2010

Bertempat di Hotel Sri Costa Melaka berlangsung mesyuarat guru dan staf yang pertama bagi persediaan menghadapi musim persekolahan yang baru tahun 2010. Mesyuarat untuk staf sokongan bermula pada 28hb hungga 29hb disember 2009. Kemudian diteruskan  oleh mesyuarat guru bermula 30hb disember 2009 hingga 1 disember 2010. Mesyuarat bermula dengan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah SBP Pn Hajah Norlia binti Mohd Suhaili. Semoga dengan berlangsungnya mesyuarat ini dapat memertabatkan lagi pengurusan Kisas untuk tahun 2010

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>

Results 1 - 12 of 39

© 2010 Kolej Islam Sultan Alam Shah
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.