|
Berita KISAS
|
|
Sunday, 19 July 2009 |
|
Setelah enam tahun menjalani “tempoh percubaan” akhirnya dasar Pengajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan baru-baru ini. Selepas Kementerian Pelajaran mengambil tindakan berani itu, masih ada lagi pihak yang mahu mengembalikan PPSMI dalam sistem pendidikan di negara ini. Selepas kajian secara ilmiah telah dilakukan oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (pembina) menunjukkan lebih banyak kesan buruk daripada baiknya PPSMI, kerajaan diminta supaya jangan berpatah balik sekalipun ada desakan daripada pihak tertentu. Tokoh akademik, Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, keputusan memansuhkan PPSMI adalah suatu yang sangat tepat dan memuaskan hati semua pihak. Malah langkah ini juga ke arah mewujudkan perpaduan menerusi penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai hubungan antara kaum. “PPSMI sebenarnya adalah satu kesilapan kerana kita mampu mengajar matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Universiti Malaya telah melahirkan banyak pensyarah dalam pelbagai bidang dengan menggunakan bahasa Melayu,” tegas Ungku Aziz ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia, KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID di kediamannya di Petaling Jaya Jumaat lalu. Bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini juga membayangkan sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan terpinggir dan berhenti sekolah. “Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas bawahan, itu pun mungkin susah,” kata Ungku Aziz lagi.ikuti wawancara;MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku mengenai keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan kembali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar?UNGKU AZIZ: Bagi saya ini adalah satu keputusan yang amat tepat dan mampu memuaskan hati semua pihak di negara ini. Sepatutnya tidak ada lagi mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang telah kerajaan lakukan kerana ia mengambil kira kepentingan negara dan kemahuan majoriti rakyat. Sebelum ini saya telah memberikan beberapa ceramah tentang perkara ini dan paling terbaru di Bankers Club. Apa kesan dan implikasinya terhadap sosial politik negara ini. Pada pandangan saya bagi mengukuhkan perpaduan kita perlu kembali pada satu bahasa yang boleh digunakan semua warganegara. |
|
Read more...
|
|
|
Berita KISAS
|
|
Saturday, 18 July 2009 |
Tahniah kepada pemidato berbisa Bumi Waqafan, Hamdan dari tingkatan 6 Bawah yang muncul sebagai Juara dalam pertandingan pidato Badan Pencegah Rasuah peringkat Daerah Klang 2009. TAHNIAH… Insya Allah kecemerlangan ini diteruskan dalam cabaran2 seterusnya. |
|
|
Berita KISAS
|
|
Saturday, 18 July 2009 |
|
Tahniah dan syabas kepada para pemidato, guru, pelajar dan guru pembimbing yang diketuai oleh Pn Jamaliah bt Sharif dan Cik Rosnaini bt Adnan dalam usaha gigih ke arah mencapai visi dan misi KISAS. Tahniah kepada pemidato KISAS yang telah berjaya menjadi naib johan Pidato Piala LHDN peringkat negeri Selangor yang diadakan di Dewan Putera Sekolah Tinggi Klang pagi tadi. |
|
Read more...
|
|
|
Berita KISAS
|
|
Tuesday, 14 July 2009 |
|
Tahniah buat rakan-rakan guru Tingkatan 6 yang telah pun dinugerahkan kenaikan pangkat ke DG44 dan DG 48 yang diketuai oleh Ustaz Abdullah Bin Hassan selaku Penolong Kanan Tingkatan Enam. Tidak ketinggalan juga sekalung tahniah buat rakan-rakan yang telah dianugerahkan Guru Cemerlang DG48 baru-baru ini. Semoga semua rakan-rakan yang telah menerima kenaikan pangkat ini terus cemerlang dalam menjalankan tugas di bumi waqafan ini. |
|
|
Berita KISAS
|
|
Tuesday, 14 July 2009 |
|
Tahniah diucapkan kepada Tn Hj Abdullah Bin Jusoh, Pengetua KISAS yang telah berjaya mengikuti kursus selama dua bulan di Kota London dan selamat kembali ke Bumi Waqafan pada 11 Julai 2009. Semoga KISAS terus mengungguli kecemerlangan dalam pelbagai bidang, In Sya Allah. 'BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN' |
|
|
Berita KISAS
|
|
Thursday, 09 July 2009 |
|
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan persembahan Nasyid di Hotel Blue Wave Shah Alam sempena Majlis Pemberian Zakat oleh Bank Rakyat, serta persembahan Gamelan sempena pertandingan akhir Bahas Piala Perdana Menteri di PICC, Cyberjaya! Tahniah & terima kasih. |
|
|
Berita KISAS
|
|
Thursday, 09 July 2009 |
|
Assalamualaikom wr wb semua warga Bumi Waqafan! Sila layari laman di bawah utk maklumat lanjut: http://h1n1.moh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=122&catid=903 |
|
|
Berita KISAS
|
|
Thursday, 09 July 2009 |
|
Tempat: Dewan Muttaqin wal Muthaqqafin dan Dewan Terbuka Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu) Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang Ahlan wa sahlan, selamat datang, welcome... buat ibu bapa dan penjaga yang akan datang ke KISAS untuk melihat dan membincangkan prestasi anak-anak mereka pada hari berkenaan. Kami di KISAS dengan hati terbuka menerima kedatangan tuan puan nanti. |
|
|
Berita KISAS
|
|
Thursday, 09 July 2009 |
|
Tahniah diucapkan kepada pasukan Forum KISAS kerana telah merangkul keunggulan di dalam Pertandingan Forum Remaja Kebangsaan yang telah diadakan di Taiping Golf Resort pada 15 hingga 18 Jun yang lalu. Bukan itu sahaja, seorang ahli panel KISAS juga telah dipilih sebagai ahli panel terbaik iaitu anakanda Mohd Fareez Syinun Masnin. BERSAMA MERANGKUL KEUNGGULAN... |
|
|
Berita KISAS
|
|
Friday, 06 February 2009 |
|
Warga KISAS mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baru (Tingkatan 4) yang akan mendaftar pada 10 Febuari ini. Semoga pelajar-pelajar ini akan dapat meneruskan kecemerlangan KISAS dan juga akan meningkatkan lagi KISAS sebagai sebuah sekolah atau institusi pendidikan yang terulung di negara ini. |
|
|
Berita KISAS
|
|
Wednesday, 03 December 2008 |
|
Pautan Laman Web EDU WEBtv telah diletakkan di menu utama (kiri). Semoga dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pelajar. |
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
| Results 25 - 36 of 39 |